Nasional

PKPP: “Terima kasih abang polis dan abang askar”

BANYAK kenangan sepanjang mengharungi saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dan penghargaan wajar diberikan kepada polis dan askar.

Mereka bukan sahaja menjaga keselamatan kita malah bersama dengan barisan ‘frontliners’ bagi memastikan penularan wabak Koronavirus (Covid-19) dapat diputuskan.

BACA > Hanya RM15 makan di Cosmo Hotel — Suara Merdeka

Namun, pada malam tadi detik-detik penutupan operasi sekatan jalan raya cukup mengharukan.

Dalam tinjauan Suara Merdeka di Plaza Tol Gombak, suasana ketika kerja-kerja mengemas dijalankan diiringi dengan hujan gerimis.

Cuaca pun seperti memahami dan menghargai jasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Berkongsi detik-detik akhir, Inspektor Operasi Lebuh Raya Zon Timur 1, Inspektor Mohamad Razali Abd. Razak berkata, 84 hari PKP adalah suatu kenangan tidak dapat dilupakan.

“Bukanlah meminta perkara seperti serangan pandemik Covid-19 atau PKP diadakan lagi.

“Tetapi perkongsian antara dua organisasi PDRM dan juga ATM cukup bermakna.

BACA > Pembebasan Musa Aman berdasarkan afidavit Abdul Gani Patail — Suara Merdeka
BACA > Muhyiddin tidak harus bubar Parlimen selepas PH ada majoriti — Suara Merdeka

“Kami berkongsi pelbagai maklumat dan pengalaman yang boleh memanfaatkan dalam tugas masing-masing sebagai penjaga keselamatan negara,” katanya malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut menghargai jasa orang ramai yang memberi kerjasama sepanjang operasi sekatan jalan raya dilaksanakan.

Tambah Mohamad Razali, orang ramai amat memahami tugas PDRM dan ATM serta mereka menyokong dengan memberi pelbagai sumbangan.

“Ramai hulurkan bantuan dan sumbangan seperti menyediakan juadah berbuka puasa dan bersahur.

“Malah ada juga organisasi bukan kerajaan (NGO) datang berbuka puasa bersama-sama termasuk juga orang persendirian datang membawa makanan.

“Itu semua detik-detik indah sepanjang operasi yang belum pernah berlaku,” luahnya.

POLIS ASKAR
PEGAWAI dan anggota polis serta tentera mengemas peralatan sekatan jalan raya pada malam terakhir operasi sempena PKP itu di Plaza Tol Gombak. – SM

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) sepelas PKP Bersyarat dikuatkuasakan bermula Mei lalu.

PKPP yang bermula pada hari ini sehingga 31 Ogos nanti membenarkan orang ramai untuk merentas negeri dan sekatan jalan raya PKP juga tidak lagi dikuatkuasakan.

Pengakhiran ini bukanlah suatu titik noktah malah ia permulaan bagi normal baharu untuk kita semua meneruskan kehidupan.

BACA > Bapa MB Negeri Sembilan meninggal dunia — Suara Merdeka
BACA > MR DIY tawar lebih 1,000 pekerjaan di seluruh negara — Suara Merdeka

Suara Merdeka mengucapkan “terima kasih abang polis dan abang askar.” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button