
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke majlis rumah terbuka aidilfitri Istana Johor
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Besar Johor, semalam.
Berangkat sama, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dengan diringi YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor serta paduka anakanda.
Turut berangkat, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.
Walaupun cuaca panas, namun ia tidak menghalang rakyat jelata untuk bersalaman dengan Seri Paduka Baginda serta Keluarga Diraja Johor.
GALERI FOTO
(Kredit FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)