Travel

Hanya RM15 makan di Cosmo Hotel

MACAM tak percaya, harga bagi setiap menu dekat sebuah hotel di Kuala Lumpur hanya RM15 sahaja.

Tetapi, dalam situasi normal baharu sekarang, apa pun boleh berlaku, lelaki pakai baju kelawar dan makan di hotel pun murah.

Namun, ini memang jarang berlaku, dalam situasi serangan pandemik kerana ramai pengusaha perniagaan terpaksa menaikkan harga barang.

Mereka perlu akur dengan tekanan kos dan kerugian ketika operasi ekonomi dihentikan seketika akibat penularan Koronavirus (Covid-19).

Tetapi, sebaliknya pula berlaku di Cosmo Hotel Kuala Lumpur apabila pihaknya mengambil langkah yang boleh dikira sebagai menongkah arus.

Executive Lunch

COSMO HOTEL

Mereka menyediakan enam menu untuk makan tengah hari yang dipanggil sebagai Executive Lunch.

Menu tersebut seperti Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam Hainan, Butter Chicken, Claypot Chicken, Asam Pedas dan Nasi Goreng Yong Chow.

Makan setaraf hotel lima bintang, jangan ‘sembang’ sedap ataupun tidak. Mana ada makanan dekat hotel yang tak sedap.

Harga termasuk pilihan minuman kopi atau teh.

Sebenarnya tawaran ini amat sesuai untuk mereka yang sedang bekerja ataupun jalan-jalan di ibu kota kerana hotel ini terletak di Leboh Ampang.

Untuk lokasi yang lebih tepat, kedudukan hotel ini terletak berhampiran dengan stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Masjid Jamek.

COSMO HOTEL

Jadi, pada waktu tengah hari, semua orang boleh datang untuk menikmati hidangan sepinggan RM15.

Ada delivery

Lebih menarik lagi, Cosmo Hotel turut menyediakan perkhidmatan delivery bagi sesiapa yang bekerja jauh.

Dalam lingkungan satu kilometer, tiada caj penghantaran dikenakan. Kalau lebih, bergantung kepada jarak yang akan dicaj oleh penyedia perkhidmatan penghantaran.

Tiada maksimum jarak penghantaran dan yang paling penting tiada pesanan minimum bagi menggunakan perkhidmatan delivery.

Sempena cuti umum Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, kalau sedang ‘berdating’ dekat sekitar Kuala Lumpur ajaklah si dia lunch dekat Cosmo Hotel.

COSMO HOTEL

Tawaran pakej mesyuarat, seminar

Selain itu terdapat juga tawaran korporat seperti penganjuran mesyuarat dan seminar disediakan pada harga serendah RM85 seorang termasuk minum pagi, rehat dengan snek, kemudahan alat tulis serta air mineral dengan pudina.

COSMO HOTEL

Jadi, tengah hari ini boleh datang ke Cosmo Hotel atau hubungi 03-20301888 (samb.607) untuk delivery.

Kalau mereka tanya mana tahu ada promosi? Cakap sahaja Suara Merdeka yang bocorkan ok! – SM

(Visited 618 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button