Nasional

PKPP: Majlis sosial tidak dibenarkan jika penganjur sukar kawal keadaan, perilaku tetamu

KEMENTERIAN Perpaduan Negara berkata, majlis sosial tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu.

Ia adalah antara Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan majlis sosial seperti perkahwinan, kenduri dan pertunangan yang diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 22 Jun lalu serta terpakai bagi penganjuran majlis sosial di rumah ibadat bukan Islam.

GAMBAR HIASAN

Kementerian Perpaduan Negara berkata, SOP itu merangkumi perkara penting dalam menjalankan majlis sosial seperti had kapasiti kehadiran seramai 250 orang atau kurang mengikut saiz ruang majlis dengan penjarakan sosial, dan tertakluk dengan tempoh penganjuran selama tiga hingga lima jam.

SOP itu juga menggariskan bahawa hidangan makanan dalam bentuk buffet atau layan diri adalah tidak dibenarkan, selain penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan dengan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan, katanya.

“Tetamu adalah dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button