Politik

PKPP disambung hingga 31 Disember

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual tamat pada 31 Ogos ini dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2020.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha-usaha mencegah dan mengawal penularan wabak Covid-19 demi kepentingan.

Muhyiddin berkata, negara masih berhadapan dengan risiko penularan Covid-19 sepertimana yang berlaku menerusi kluster Sivagangga, Tawar dan Sala di negeri Kedah, Sanglang di Perlis dan juga kluster di negeri Sarawak baru-baru ini.

Penularan COVID-19 di peringkat global juga masih belum menunjukkan tanda-tanda ianya akan berakhir dalam waktu yang terdekat.

Sehingga kini, 22 juta kes positif COVID-19 dilaporkan dengan lebih 780 ribu kematian. Negaranegara jiran kita juga masih berusaha keras untuk menangani penularan COVID-19.

“Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.

“Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas sebentar tadi.

Menurutnya, Malaysia tidak boleh mengambil mudah risiko penularan virus super spreader di negara ini oleh itu peraturan kuarantin yang ketat di tempat-tempat tertentu akan terus dikuatkuasakan.

Sementara itu, Muhyiddin yakin walaupun PKPP dilanjutkan, kehidupan rakyat tidak akan terjejas kerana aktiviti harian boleh dilaksanakan seperti biasa dengan pembudayaan norma baharu dan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan.

“Yang penting ialah saudara-saudari mesti terus membiasakan diri dengan pemakaian pelitup muka,
membasuh tangan, sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengelakkan berada tempat-tempat yang sesak.

“Saya percaya semua ini telah pun saudara-saudari lakukan selama ini sehingga kita berjaya mengekang penularan wabak COVID 19 di dalam masyarakat kita.” kata Muhyiddin.

Beliau juga percaya jika semua rakyat dapat memainkan peranan masing-masing dalam mencegah wabak COVID-19, Malaysia akan berjaya untuk bebas daripada wabak ini dengan lebih cepat.-SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button