Politik

PH kecam tindakan guna SPRM, LHDN, PDRM sebagai senjata politik

Pakatan Harapan mengecam tindakan menggunakan SPRM, LHDN, PDRM dan agensi-agensi lain sebagai ‘senjata politik’, terutama bagi tujuan menambah sokongan kerajaan minoriti Perikatan Nasional ini.

Dalam kenyataan bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan dan tekanan ini dilakukan terhadap Ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Malah tekanan itu juga turut membabitkan pegawai-pegawai dan juga ahli-ahli keluarga bersekali dengan tekanan untuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang,” katanya.

Sementara itu, Pakatan Harapan juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa ke atas perniagaan dengan pelbagai tuntutan kewangan yang tidak munasabah serta juga pembekuan akaun bank untuk menambahkan pendapatan kerajaan yang kian berkurangan.

“Tindakan “memeras” perniagaan dalam keadaan kemelesetan ekonomi harus ditangguh kerana ia akan menyukarkan survival perniagaan dan menjejaskan pekerjaan,” katanya.

Justeru, katanya, sebarang tindakan menyalagunakana  institusi atau agensi dengan niat untuk mengganggu, menekan atau menakut-nakutkan musuh politik langsung tidak boleh diterima.

“Kami percaya ini telah dilakukan terhadap ramai termasuk YB Lim Guan Eng dan isteri, YB Larry Sng, YB Steven Choong, dan kini secara tidak langsung terhadap YB Dato’ Dr Xavier Jayakumar.

“Pertandingan politik di Malaysia wajib berlaku dalam suasana yang sihat, dengan amalan demokrasi yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button