Nasional

Pesta Durian di Hotel MITC Jumaat ini

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 21 Jun – Hotel MITC, Ayer Keroh akan menganjurkan program ‘Jom Makan, Pesta Durian, Makan Sampai
Puas’ di Brisu Courtyard selama tiga hari di bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Pengurus Besarnya, Sazali Sabri berkata, pesta dengan kerjasama Dusun Durian Eco Do Bem di Bemban, Jasin
akan menyediakan lapan jenis buah tersebut seperti durian kampung, D24, IOI, Udang Merah dan sebagainya
bagi menambah tarikan.

Menurutnya, kadar bayaran yang ditetapkan ialah RM65 bagi dewasa dan RM32.50 untuk kanak-kanak dengan
kadar masa ditetapkan untuk makan sepuas-puasnya dalam tempoh satu jam setengah.

“Pesta ini terbuka kepada orang ramai termasuk pelancong dan pelanggang yang menginap di Hotel MITC.
Jumaat bermula pukul 5.00 hingga 6.30 petang dan 7.30 hingga 9.00 malam.

“Pada Sabtu dan Ahad pesta akan bermula pada pukul 10.00 hingga 11.30 pagi, 5.00 hingga 6.30 petang serta
7.30 hingga 9.00 malam.

“Makanlah sepuas-puasnya pilih durian yang diminati dan kita akan berikan isi yang menarik serta lazat
untuk dijamah,” ujarnya di sini hari ini.

Sazali berkata, tempahan awal amat digalakkan kepada mereka yang ingin merasai pelbagai jenis durian yang
datang terus dari dusun di Bemban bagi mengelak berlakunya kesesakan.

Menurutnya, sebagai permulaan sebanyak 20 buah bakul akan disediakan dan jika permintaan meningkat
tambahan raja buah itu akan dilakukan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button