Nasional

47 kawasan di Petaling tiada bekalan air

Petaling Jaya: Empat puluh tujuh kawasan di Petaling yang terjejas akibat pemotongan air hari ini dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi esok, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Syarikat itu telah mengumumkan gangguan air berjadual awal bulan ini bagi membolehkan kerja menaik taraf sistem bekalan air dijalankan di takungan Bukit Dengkil.

Gangguan air bermula jam 9 pagi hari ini.

“Tempoh gangguan bekalan air dan pemulihan di kawasan terjejas akan berbeza-beza, bergantung kepada jarak premis pengguna dan tekanan air dalam sistem pengagihan,” kata Air Selangor dalam satu kenyataan.

Syarikat itu berkata ia akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas, dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah pengebumian.


Pelanggan komersial boleh membeli air menggunakan lori tangki mereka sendiri di stesen pengisian air, dan pembayaran boleh dibuat di Jalan TPP 5/17, Taman Perindustrian Puchong.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

“Pertanyaan dan aduan juga boleh dikemukakan kepada Pusat Bantuan melalui www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.

(Visited 73 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button