fbpx
BeritaPolitik

Perwakilan boleh bangkit isu kos hidup, peralihan kuasa

APA sahaja isu boleh dibangkitkan perwakilan cawangan dan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam persidangan masing-masing asalkan mengikut saluran parti.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, sebagai parti yang menunjangi akar umbi, Bersatu sentiasa menggalakkan keterbukaan untuk membolehkan parti memperbaiki kelemahan yang ada.

“Suara yang mana rasa tidak puas hati terhadap kerajaan sedia ada, itu kita anggap suara dibawa rakyat.

“Jadi, isu peralihan kepimpinan kerajaan, prestasi menteri…itu tidak ada masalah (untuk dibangkitkan ahli), kita terbuka tapi mesti guna saluran parti,” kata beliau kepada Suara Merdeka hari ini.

Marzuki bagaimana menarik perhatian mengenai isu peralihan kuasa kepada `PM ke-8’ yang menurut beliau kebanyakan ahli dan kepimpinan Bersatu mahu Dr Mahathir memimpin negara sehingga tempoh sepenggal berakhir.


“Ini bukan suara saya tetapi dibawa oleh ketua-ketua bahagian. Kita terima baik dan sokong apa yang dibawa mereka,” katanya.

– SM

Show More

Related Articles

Back to top button