AgamaNasionalNegeri

Peruntukan RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan hadir pada Majlis Iftar Jamaie MAIPs di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur.

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM3.06 juta untuk tujuan ‘Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman’ yang diagihkan melalui kariah-kariah masjid seluruh negeri Perlis’ sepanjang tahun 2024.

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif MAIPs dalam usaha bagi mempertingkatkan lagi keselesaan golongan sasar yang melibatkan isu-isu baikpulih kecil kediaman yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Kariah Masjid selari dengan Pelan Strategik MAIPs 2021-2025.

Simbolik peruntukkan tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Majlis Iftar Jamaie MAIPs bagi meraikan Ahli-Ahli Jawatankuasanya
di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda sulung baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Di majlis yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk mengurniakan sendiri Tauliah Pelantikan bagi sesi 2024/2025 iaitu bermula 1 Januari 2024 sehingga 1 Disember 2025.

Antara yang menerima adalah Ahli Jawatankuasa di bawah MAIPs yang terdiri daripada Ahli Majlis, Jawatankuasa Fatwa, Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis, Jawatankuasa Kewangan dan Pengukuhan, Jawatankuasa Pembangunan dan Pengukuhan Inisiatif, Jawatankuasa ICT dan Pendigitalan, Jawatankuasa Pengurusan Zakat, Jawatankuasa Pengurusan Wakaf, Sumber Am dan Tebus Pusaka, Jawatankuasa Pengawasan dan Pengajaran Agama Islam, Jawatankuasa Pembangunan Ummah Dan Risalah, Ahli Lembaga Pengarah KUIPs Sdn. Bhd. serta Ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn. Bhd.

Majlis tersebut dimulai dengan para ahli diberikan taklimat berkaitan Peluang-peluang Pelaburan di Perlis oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Perlis (BPEN) Dr. Puteh Soraya A Rahman dan Taklimat Pencapaian MAIPs Tahun 2023 oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor diikuti majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Terawih.

Mohd Nazim berkata, dalam menjayakan agendanya yang ulung, MAIPs telah menggariskan Pelan Strategik 2021 – 2025 dan mewujudkan Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0 untuk memandu pengurusan MAIPs menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.

Tambah beliau, segala kerja yang dilaksanakan sentiasa mendapat nasihat dan saranan oleh ahli majlis dan jawatankuasa di bawah MAIPs.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen dan Sharifah Khatreena Nuraniah berkenan hadir pada Majlis Iftar Jamaie MAIPs di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur.

Menyoroti sejarah penubuhannya yang ulung, pelbagai inisiatif telah diusahakan MAIPs dari dahulu sehingga kini demi memastikan syiar Islam dan kemajuan sosial umat Islam di Perlis sentiasa diperteguhkan.

MAIPs juga sentiasa komited melaksanakan fungsi dan peranannya seperti yang termaktub di dalam dokumen penubuhannya.

Dalam majlis yang sama turut diadakan Podcast Khas bertajuk ‘Ramadan Yang Menginsafkan’ oleh Mufti Perlis Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle. – SM

BACA MAIPs salur bantuan fitrah RM5,998,500 Tahun 2024

(Visited 11 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button