NasionalNegeriPendidikan

Ahli Lembaga Pengarah KUIPs perlu junjung ‘Titah 7 Amanat Raja Perlis’

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah KUIPs dan Ahli Lembaga Pengarah Univerisiti KUIPs bagi tahun 2024/2025 di Auditorium KUIPs, Kuala Perlis.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menuntut komitmen setiap Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti berkenaan agar sentiasa menjunjung ‘Titah 7 Amanat Raja Perlis’.

Amanat ini menekankan pelbagai aspek berkaitan kemajuan Islam dan pemikiran rakyat dalam mendaulatkan agama Islam dengan berpegang teguh kepada ajarannya yang sahih dalam memacu hala tuju universiti.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan barisan petugas lelaki KUIPs selepas Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah KUIPs dan Ahli Lembaga Pengarah Univerisiti KUIPs bagi tahun 2024/2025 di Auditorium KUIPs, Kuala Perlis.

Baginda bertitah, pelantikan Ahli Lembaga Pengarah KUIPs dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti merupakan suatu keperluan yang bertujuan agar Lembaga ini dapat memberi sumbangan idea, pengalaman dan kepakaran dalam memperkasakan dan memajukan pengurusan KUIPs dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab seterusnya menentukan hala tuju strategik universiti agar pengurusan Universiti bertindak dengan lebih dinamik, progresif dan telus tanpa sebarang agenda lain.

Tuanku Syed Faizuddin Putra percaya dengan pelantikan ini juga, KUIPs dapat mencapai visi dan misi untuk menjadi institusi akademik berteraskan Islam terkemuka di peringkat antarabangsa yang menawarkan gabungan program pengajian Islam tradisional dan kontemporari, di samping melahirkan teknokrat Muslim yang memacu pembangunan dan pemodenan negara.

Demikian titah Tuanku Raja Muda Perlis ketika berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah KUIPs dan Ahli Lembaga Pengarah Univerisiti KUIPs bagi tahun 2024/2025 di Auditorium KUIPs, Kuala Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut Mohamad Rozaimi (kanan sekali) ketika berkenan berangkat pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah KUIPs dan Ahli Lembaga Pengarah Univerisiti KUIPs bagi tahun 2024/2025 di Auditorium KUIPs, Kuala Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Rektor, Prof. Dr Mohamad Rozaimi Ramle beserta barisan kepimpinan kolej universiti yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Canselor KUIPs menzahirkan harapan agar semua Ahli Lembaga Pengarah KUIPs dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti dapat bersatu hati dan menjalankan tanggungjawab untuk mencapai objektif dan sasaran penubuhan KUIPs berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mssing-masing yang berlatar-belakangkan pelbagai bidang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan barisan petugas wanita KUIPs selepas Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah KUIPs dan Ahli Lembaga Pengarah Univerisiti KUIPs bagi tahun 2024/2025 di Auditorium KUIPs, Kuala Perlis.

Baginda turut berkenan untuk menyempurnakan Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah KUIPs kepada Pengerusi Lembaga Pengarah, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan 6 Ahli Lembaga Pengarah yang lain.

Seramai 10 Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) KUIPs turut dilantik yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin. – SM

BACA Anwar ajak rakyat hayati amanat ‘Membangun Malaysia Madani’

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button