Nasional

Persatuan OKU masalah penglihatan rayu sektor refleksologi dibuka

Persatuan Voice of The Blind Malaysia yang mewakili warga orang kurang upaya (OKU) bermasalah penglihatan  merayu kepada kerajaan agar membenarkan bidang perniagaan refleksologi beroperasi.

Pengerusinya Muhammad Fairuz Abdullah berkata hampir 5000 warga OKU bermasalah penglihatan yang menceburi bidang refleksologi hilang punca pendapatan sejak tiga bulan yang lalu akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berkuatkuasa semalam yang membenarkan  banyak sektor ekonomi untuk beroperasi semula termasuk sektor gunting rambut dan sektor salon kecantikan namun mengecualikan sektor refleksologi.

“Kami sebagai warga Orang Kurang Upaya (OKU) masalah penglihatan amat memahami keputusan sukar yang perlu dibuat oleh kerajaan bagi memastikan ekonomi negara pulih seperti sediakala dalam masa yang sama bergiat aktif memutuskan rantaian Covid-19.

“Namun untuk memastikan daya saing dan juga kelangsungan hidup kami sebagai warga negara Malaysia juga tidak kurang pentingnya. Kami percaya, dengan garis panduan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia, kami juga patut diberi peluang untuk beroperasi sama seperti sektor gunting rambut atau salon kecantikan,” kata Muhammad Fairuz.

Jelas Muhammad Fairuz, majoriti masyarakat OKU penglihatan menyewa rumah dan perlu membayar sewa premis atau tapak perniagaa.

Dengan harga barangan keperluan asas yang semakin meningkat kehidupan mereka kini umpama sudah jatuh ditimpa tangga.

Justeru mereka dengan penuh hormat dan rendah diri memohon pihak kerajaan untuk menilai semula kebenaran beroperasi bagi sektor refleksologi.

Ini supaya masyarakat OKU penglihatan juga mampu berdaya saing dan meneruskan kelangsungan hidup seperti sedia kala.-SM

 

 

 

 

 

 

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button