Nasional

Permohonan untuk menjadi pemerhati PRU15 kini dibuka

Permohonan untuk menjadi pemerhati Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dibuka mulai hari ini (11 Okt) hingga 21 Okt, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata permohonan untuk menjadi pemerhati bagi mewakili mana-mana organisasi akan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

“Pemerhati dibenarkan memerhati proses pilihan raya seperti penamaan calon, berkempen, pengundian awal, proses pengundian, pengiraan undi dan penjumlahan undi sehingga pengumuman keputusan pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan mereka yang berminat untuk mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun borang, mereka boleh melayari portal SPR di https://www.spr.gov.my/.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen, membuka laluan kepada PRU15.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, PRU15 mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button