Nasional

Permohonan keluar wang Akaun 2 i-Lestari KWSP bermula hari ini

AHLI Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memohon Skim Pengeluaran Wang Akaun 2 i-Lestari bermula hari ini, menerusi i-Akaun (Ahli), selaras dengan langkah kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, KWSP berkata susulan lanjutan PKP, semua cawangan KWSP dan Pusat Urusan Perhubungan akan terus ditutup sehingga 14 April.

“Susulan itu, ahli boleh log masuk atau berurusan menerusi aplikasi KWSP i-Akaun atau emel menerusi saluran berikut bagi isu masing-masing.

1. Pertanyaan mengenai i-Lestari, pengeluaran wang: [email protected]

2. Penghantaran i-Lestari, borang permohonan pengeluaran wang: [email protected]

3. Penghantaran i-Akaun, borang pendaftaran: [email protected]

4. Penghantaran borang bagi meneruskan kadar sumbangan pekerja pada 11 peratus: [email protected]

5. Pertanyaan berhubung lain-lain perkhidmatan KWSP: https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry

Sementara itu KWSP turut mengingatkan bahawa ahli mempunyai tempoh masa seluruh bulan April untuk menghantar permohonan, bagi membolehkan mereka menerima bayaran pengeluaran wang secara bulanan, bermula bulan Mei.

“Bagi permohonan yang diterima selepas tarikh itu, bayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat tambahan mengenai i-Lestari, ahli boleh merujuk kepada bahagian “soalan yang sering ditanya” (FAQ) di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari. – BERNAMA

 

(Visited 377 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button