Permaisuri Agong prihatin dengan Cameron Highlands
PERMAISURI AGONG, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam ciapan melahirkan keprihatinan baginda terhadap pemeliharaan alam sekitar di Cameron Highlands.
Baginda berkongsi kempen selamatkan Cameron Highlands dengan ciapan: Negeriku tercinta…
Tuanku, cameron highland sudah terlalu ramai imigran haram bekerja di situ.
Respon daripada pengikut baginda menyokong kempen berkenaan. https://twitter.com/cheminahsayang/status/1209785586233442304/photo/1
Saya tidak ada masalah dengan pekerja imigran tetapi, majikan imigran tersebut tidak menjaga kebajikan pekerja dengan memberi gajib yang lambat dan tidak menyediakan pas yang sah kepada mereka.
Tulisan jawi
Turut mendapat perhatian baginda adalah mengenai tulisan jawi yang diperkenalkan di sekolah.
“Ini sahaja kan,” titah Permaisuri Agong, merujuk kepada tiga muka surat pengenalan Jawi untuk murid-murid Tahun Empat di sekolah rendah.
Melalui Twitternya, Permaisuri Agong berkongsi ciapan seorang pengikutnya dan imej buku teks bahasa Melayu darjah empat yang memaparkan tiga muka surat pengenalan tulisan Jawi.
Ini selepas pengguna Twitter, yang menggunakan nama Zamil Yasrawi berkata setiap pelajar di negara ini wajib mengetahui tulisan pada simbol rasmi negara.
“Setiap pelajar sekolah dalam Malaysia wajib mengetahui apa tulisan yang terkandung pada Jata Negara dan wang Ringgit. Anyway its a simbol rasmi Malaysia, kan,” kata Zamil.
https://twitter.com/ilyasrawi2zamm/status/1209659638947299329/photo/1