Uncategorized

Twitter sekat 88,000 akaun promosi kepentingan Arab Saudi

TWITTER hari ini mengumumkan telah menyekat 88,000 akaun yang dikatakan terlibat dalam aktiviti manipulasi platform berasal dari Arab Saudi.

Semua akaun itu dikatakan terbabit dalam tindak-tanduk spam yang secara agresif menyukai, mentweet semula atau membalas mesej yang menyokong kepentingan kerajaan Arab Saudi.

Siasatan twitter mendapati semua akaun itu berasal dari syarikat pemarasan media sosial Arab Saudi yang dinamakan Smaat. Ia juga menguruskan beberapa akaun pegawai kerajaan Arab Saudi. Ia merujuk kepada operasi yang disokong oleh negara itu.

Semua ciapan yang dilakukan kebanyakannya dalam bahasa Arab, tetapi sebahagian kecil sasaranya adalah audien di barat, kata Twitter.

Semua tweet itu berkenaan pendirian Arab Saudi berkaitan sekatan ke atas Iran dan pendapat umum tentang pegawai-pegawai kerajaan Arab Saudi.

Twitter menyiarkan data konprehensif 5,929 daripada akaun tersebut tetapi berkata, yang lain dibiarkan rahsia untuk melindungi hak peribadi beberapa akaun yang boleh dikompromi yang digunakan untuk kempen spam itu.

Ini merupakan salah satu penyingkiran akaun yang disokong oleh kerajaan sesebuah negara yang terbesar oleh Twitter.

Twitter telah menyekat hampir 3,000 akaun dari Iran pada Mei dan Jun, dan ia juga telah membuang akaun yang ada kaitan dengan Russia dan Venezuela.

Menurut Washington Post, Twitter telah menyekat berpuluh juta akaun pada awal 2018, tetapi ia tidak jelas sama ada semuanya mengenai penyaluran maklumat yang salah yang disokong oleh sesebuah negara.

Ini bukan kali pertama Twitter berhadapan dengan kempen maklumat yang disokong oleh Arab Saudi. Pada November, pendakwaraya persekutuan mendakwa dua bekas kakitangan Twitter yang mengintip bagi pihak kerajaan Arab Saudi.

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button