Berita

Kerajaan pastikan bekalan sayur dari Cameron Highlands tidak terjejas

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat sesi libat urus bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Persatuan Peladang Sayur Cameron Highlands, Wakil Pemborong, Majlis Keselamatan Negeri Pahang, Pejabat Daerah Cameron Highlands, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, dan beberapa agensi kerajaan lain bagi memastikan bekalan sayur dari Cameron Highlands tidak terjejas meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Kampung Raja, Cameron Highlands telah dilaksanakan bagi tujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Kerajaan akan mengambil langkah segera untuk memastikan pengurusan tanaman ladang serta proses membawa keluar hasil pertanian daripada Cameron Highlands dapat berjalan seperti biasa. Ini termasuklah mengusulkan suntikan vaksin kepada peladang dan pekerja-pekerjanya dilaksanakan secepat mungkin.
Sebagaimana yang telah dimaklumkan, hanya tiga puluh (30) hingga empat puluh (40) peratus bekalan sayur Cameron Highlandes datang daripada ladang-ladang di kampung Raja. Peratusan ini tidak akan menjejaskan rantaian bekalan sayur di pasaran keseluruhannya.
KPDNHEP dalam kenyataan media berkata telah dimaklumkan bahawa semua kawasan tanaman sayur selain Kampung Raja di Cameron Highlands beroperasi seperti biasa.
Hasil daripada sesi libat urus tersebut juga, PDRM telah memaklumkan pergerakan lori-lori untuk membawa keluar sayur dari Cameron Highlands adalah dibenarkan. Pada masa yang sama, ladang sayur di kawasan Lojing dibenarkan beroperasi sepenuhnya tanpa isu pengangkutan dan pengedaran.
Pegawai-pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP di seluruh negara akan terus menjalankan pemantauan ke atas bekalan dan harga sayur-sayuran di pasaran. Penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 akan dilaksanakan jika terdapat mana-mana pihak yang sengaja mengambil keuntungan secara tidak munasabah atau mencatut.
Pengguna dinasihatkan tidak membuat pembelian panik kerana bekalan sayur adalah stabil dan mencukupi.

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button