Perlu berfikiran terbuka non-muslim masuk ke Madinah
SEJAK kerajaan Arab Saudi mengeluarkan visa kepada pelancong-pelancong yang bukan beragama islam, ramai di kalangan golongan tersebut mengambil kesempatan untuk melawat dan meninjau keunikan negara tersebut terutama sekali di Kota Madinah.
Seperti yang pernah tular di media sosial, ada di kalangan pelancong asing melawat Kota Madinah bahkan ada juga yang terlepas memasuki kota Mekkah sedangkan ia Tanah Haram.
Namun menurut Pengasas UAF Manaasik Resources, Ustaz Haji Abdullaah Feisal, memberikan pandangan yang positif, dengan kemasukan pelancong bukan islam ke Kota Madinah mudah-mudahan mereka terbuka untuk menerima Islam.
‘’Mudah-mudah orang bukan Islam yang masuk ke Kota Madinah ini terbuka menerima Islam, namun mereka (Kerajaan Arab Saudi) perlu memberikan pendidikan kepada pelancong ini untuk menutup aurat dan menjaga etika pemakaian.
Jelasnya lagi, akui sering terserempak pelancong-pelancong ini di Kota Madina.
‘’Kita mengharapkan mereka masuk Islam dan melihat keindahan agama ini, pelancong bukan islam ini sebenarnya mahu melihat tempat-tempat keindahan ini’’. Katanya semasa sesi sidang media selepas majlis graduasi Mutawwif dan Mutawwiffah.
Sementara itu UAF Manaasik Resources berjaya melahirkan seramai 42 graduasi melalui program Kem Mutawwif, Majlis yang berlangsung di Grand Barakah Hotel Ampang Jumaat lalu melahirkan 20 Mutawif dan 22 mutawifah.
Kem Mutawif Integrasi (KMI) ini terbuka kepada sesiapa tidak kira peringkat umur mauhupun tahap pendidikan.
“Kem ini terbuka kepada sesiapa sahaja dan tidak tertakluk bagi mereka yang ingin menjadi mutawif tetapi digalakkan juga kepada orang ramai yang ingin menambah ilmu pengetahuan.
“Peserta wajib mengikuti KMI terlebih dahulu sebelum menyertai KMI Haramain bagi memastikan diri benar-benar terlatih dan memahami setiap modul.
“Bagi yang ingin menjadikan ini sebagai kerjaya, boleh menawarkan kepakaran di mana-mana agensi haji dan umrah mahupun persendirian” ujarnya.
Artikle Berkaitan :>
Diburu kaum Quraish di Mekah, mulakan tapak dunia baharu Islam di Madinah – Rasulullah
1,267,490 jemaah tiba di Arab Saudi sejak 30 Julai sehingga Selasa lalu