EkonomiNegeri

Perlis Digital bakal jadi “game changer” kepada peniaga

Perlis Digital bakal menjadi “game changer” kepada rakyat Perlis yang melibatkan diri di dalam perniagaan.

Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Norsiake Kassim berkata, beliau yakin Perlis Digital juga akan dapat mewujudkan peluang kemakmuran ekonomi, memupuk keusahawanan, mewujudkan pekerjaan, dan menarik pelaburan ke negeri Perlis selain penyelidikan dan pembangunan yang berterusan.

“Sekaligus Perlis Digital tidak terhad bagi memajukan pembangunan hartanah berkualiti tinggi, pembangunan perindustrian dan pelaburan yang dapat menjana pembangunan ekonomi semata-mata,” katanya ketika berucap pada pelancaran Perlis Digital yang dilakukan oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli di Hotel Seri Malaysia, Kangar hari ini.

Mohd Shukri Ramli menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perlis Digital dengan Maxis dan MBSB di Hotel Seri Malaysia, Kangar hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Rus’sele Eizan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), MBSB Bank Berhad, Datuk Nor Azam M Taib.

Pada majlis ini juga diadakan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perlis Digital dengan Maxis dan MBSB.

Norsiake berkata, kerjasama Perlis Digital bersama syarikat-syarikat teknologi ternama ini menunjukkan komitmen PKENPs untuk membawa bakat dan kepakaran terbaik ke Perlis.

“Ia menandakan dedikasi kami untuk membina asas masyarakat yang diperkasakan dengan teknologi, di mana manfaat ekonomi digital tidak terhad kepada segelintir kumpulan masyarakat sahaja, tetapi boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang atau lokasi mereka,” ujarnya.

Katanya, Perlis Digital adalah langkah penting dalam mewujudkan peluang baharu dan ia adalah usaha yang sangat baik oleh syarikat Infinity Wave yang hadir bersama idea-idea baharu melalui kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang teknologi.

“Infinity Wave juga membuktikan komitmen mereka sejak awal untuk bekerjasama dengan kami bagi merealisasikan usaha ini,” katanya.

Beliau juga menghargai kerjasama MBSB dan Maxis sebagai rakan pintar yang akan bersama-sama memacu Perlis ke arah mentranformasi Perlis menjadi sebuah negeri digital. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button