BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan Pulau Langkawi dijadikan destinasi Cycling Tourism kerana pemandangannya cantik dan udara segar.
Selain itu katanya, Langkawi sesuai untuk pengunjung mahupun pelancong berbasikal bagi menikmati panoramanya.
Ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri berbasikal di sekitar pulau itu semalam.
Melalui catatan di facebook, Dr. Mahathir berkata, beliau berbasikal di Langkawi untuk meninjau dan menikmati pemandangan dan udara segar pulau.
Dari Jalan Kuala Muda ke Padang Mat Sirat terus ke Pantai Cenang dan patah balik ke Jalan Kuala Muda jaraknya dalam 25 kilometer.
“Langkawi sesuai untuk pengunjung yang berminat berbasikal. Mungkin cycling tourism boleh diperkenalkan pula di sini,” katanya.
Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berharap pulau Legenda itu akan menjadi tumpuan kaki basikal. – SM