Luar Negara

Periksa kapal dagang elak penyebaran Covid-19

KERAJAAN Singapura mengambil langkah menjaga perairan negaranya dengan memeriksa kapal dagang yang memasukinya bagi mengelak penyebaran Koronavirus (Covid-19).

Pemeriksaan itu dilakukan Tentera Laut Replublik Singapura (RSN) yang memeriksa setiap kapal melalui perairan itu.

BACA > Bergaduh dengan semua PM, semoga Tun Mahathir mendapat hidayah — Suara Merdeka

Dengan menggunakan peralatan lengkap termasuk pelindung diri (PPE), mereka turut memeriksa kapal bagi memastikan tiada pengganas.

Selain itu, pemeriksaan juga bagi mengelak sebarang ancaman terhadap kedaulatan negara itu dalam kerjasama Pasukan Pengiring Keselamatan Laut (Asset).

Menurut pegawai pemerintah 180 Skuadron, Mejar Brandon Choo, pasukannya memeriksa sehingga tiga buah kapal sehari bagi mengenalpasti potensi ancaman.

Katanya, industri maritim menyumbang tujuh peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara itu dan rompakan lanun adalah satu ancaman.

“Rompakan tengah laut terus berlaku namun belum sampai memberi kesan kepada dagangan maritim negara.

“Kami juga menawarkan keyakinan kepada komuniti maritim global untuk terus menggunakan perairan Singapura.

BACA > Pembangkang junjung titah Agong, akan memainkan perananan semak dan imbang — Suara Merdeka
BACA > Jangan seronok sangat dapat lepas sekatan jalan raya dan balik kampung – kata Ismail — Suara Merdeka

“Ini akan menggalakkan para pedagang terus datang ke Singapura dan beroperasi di pelabuhan untuk menghantar barangan terutama ketika musim Covid-19,” katanya lapor portal Channel News Asia.

Tambah Brandon, dalam mengurus operasi ketika pandemik Covid-19, ke semua anak kapal mesti membuat pengisytiharan kesihatan.

Katanya, setakat ini lima panggilan daripada pelabuhan menyatakan kesemua mereka tidak dijangkiti Covid-19.

“Ini adalah pemeriksaan tambahan ke atas kapal yang datang sebelum mereka berlabuh. Mereka diperiksa oleh 180 Skuadron terlebih dahulu.

“Mereka juga dinasihatkan supaya mengamalkan penajrakan sosial ketika dalam kapal dengan mengosongkan sebahagian tempat duduk,” jelasnya.

Menurutnya lagi, selain itu apabila menaiki kapal, semua anggota perlu memakai topeng penutup mulut dan hidung dan berkomunikasi menggunakan isyarat tangan.

BACA > PM tidak terlibat urusan pembebasan anak tiri Najib — Suara Merdeka
BACA > PN kerajaan di hujung tanduk — Suara Merdeka

Selepas operasi, mereka perlu membersihkan peralatan mereka termasuk, topi keledar, kelengkapan peribadi termasuk baju dan senjata. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button