Agama

Peribadi penuh kebaikan hasil daripada hubungan harmoni sesama manusia dan pencipta-Nya – Raja Muda Perlis

ARAU –  Keperibadian yang penuh kebaikan akan terwujud apabila seseorang itu menjaga hubungan yang harmoni, tidak hanya dengan manusia, tetapi juga dengan pencipta-Nya. Inilah yang seharusnya menjadi panduan hidup bagi kita semua umat Islam, agar setiap tindakan dan keputusan kita akan turut memberi manfaat kepada orang lain, serta menjaga keharmonian masyarakat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Tambun Tulang, Arau.

Program ini merupakan usaha dan inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha mendekati dan menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di negeri ini.

Kayuhan tersebut turut disertai oleh ketua-ketua jabatan dan agensi negeri serta Persekutuan bagi memberikan sokongan dan bantuan bagi menjayakan usaha murni MAIPs ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan sumbangan MAIPs kepada Timah Abdullah, 63 tahun dari kampung Chemumar Tengah, Che Su Ali, 74 tahun dari Kampung Chemumar dan Hashim Hassan, 72 tahun juga dari kampung yang sama.

Penerima-penerima ini merupakan asnaf yang terpilih pada edisi kali ini dan menerima wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli beserta beras Fidyah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button