Perkara ini tidak pernah berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO
PRESIDEN Pas berada bersama Presiden UMMO di atas pentas perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tidak pernah berlaku.
Tetapi kali ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama rakan sejawatnya dari UMNO, Datuk Seroi Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkongsi pentas pada perasmian PAU19.
Turut berada di atas pentas ialah Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.
Sebelum ini pemimpian parti komponen BN dan tetamu kehormat hanya duduk di kerusi di bawah.
Ada yang berpendapat ini bukti UMNO menjunjung tinggi gagasan Muafakat Nasional dan juga telah berlaku transformasi politiknya.
Seperti biasa PAU2019 bermula dengan acara perbarisan telah berlangsung di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan Ahmad Zahid bersama ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO telah menaikkan bendera parti.
Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang berlangsung selama empat hari bermula 4-7 Dis ini menghimpunkan bukan sahaja ahli-ahli UMNO dari seluruh negara tetapi juga menerima kehadiran rakyat dari pelbagai lapisan masayarakat. – SM