Pereka grafik kontroversi ditahan polis
Pereka grafik bebas Fahmi Reza telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia pada pukul 7.00 petan tadi.
Menurut peguamnya, Yohendra Nadarajan, aktivis itu telah ditahan dirumahnya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wang.
Memetik laporan Malaysiakini, penangkapan Fahmi dibuat berkaitan hantarannya di media sosial mengenai Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut peguamnya, Fahmi disiasat mengikut Akta Hasutan, Fahmi juga berdepan dengan peruntukan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Penangkapan Fahmi telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah.
Dia juga berkata setakat ini Fahmi ditahan di IPD Dang Wangi namun siasatan dijalankan oleh pegawai Bukit Aman.
Fahmi sebelum ini memuatkan 100 buah lagu bertemakan dengki dengan wajah Raja Permaisuri Agung Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sesawang muzik, Spotify.
Album tersebut dimuat naik menggunakan akaun ‘Kuasasiswa’ yang dimiliki oleh Fahmi.
Pada kepala laman tersebut terdapat poster gambar Tunku Azizah dengan perkataan ‘This Is Dengki Ke? Uncensored’ atau dalam bahasa Melayu ‘Ini Dengki Ke?’ Tidak ditapis’.
Gambar Raja Permaisuri Agong yang digunakan merupakan foto Tunku Azizah memakai pakaian rasmi diraja berwarna kuning siap dengan mahkota.-SM