Ekonomi

Peranti Perubatan Halal peluang besar N.A.Z. Medical Suppliers Sdn. Bhd.

SELAMA 24 tahun dalam perniagaan Peranti Perubatan, syarikat N.A.Z Medical Supplies Sdn. Bhd yang diterajui oleh Datuk Dr. Azami Said menjadi pemain industri yang bervisi walaupun berhadapan dengan cabaran Covid-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Azami berkata, Peranti Perubatan Halal adalah satu cabang yang diterokai oleh N.A.Z. Medical Supplies.

“Industri Peranti Perubatan secara umumnya adalah sebuah industri pembekalan alat-alat atau produk perubatan dan contoh paling mudah untuk difahami ialah mengimport dan  membekalkan sarung tangan getah untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

“Dalam endemik Covid-19, kita membekalkan topeng atau face mask di rangkaian-rangkaian farmasi, klinik dan hospital-hospital,” katanya yang tampil sebagai tetamu dalam KAPTEN INDUSTRI.

Datuk Dr. Azami Said tetamu segmen bual bicara KAPTEN INDUSTRI di studio mini SUARA MERDEKA, Shah Alam, hari ini.

KAPTEN INDUSTRI ialah segmen bual bicara mingguan yang disiarkan secara langsung di platform media sosial Facebook SUARA MERDEKA.

Hari ini ialah minggu pertama siaran langsung KAPTEN INDUSTRI dengan Azami sebagai tetamu perintis yang menjayakan segmen berdurasi setengah jam.

Antara matlamat dizahirkan segmen KAPTEN INDUSTRI ialah bagi membantu para usahawan Melayu dan Bumiputera yang perniagaannya terjejas akibat Covid-19 selain daripada perkongsian pengalaman yang dilalui oleh peneraju.

Berbalik kepada persoalan apakah Peranti Perubatan Halal, Azami berkata, ia adalah produk yang selamat dan suci untuk digunakan.

“Satu-satu produk itu, pertama, kenapa perlu didaftarkan di Peranti Perubatan terlebih dahulu?  Kerana itu untuk menjamin keselamatan pengguna.

“Bermakna produk itu selamat digunakan. Apabila kita bercakap pasal halal ini juga, ia gabungan daripada dua perkara itu. Pertama halal, kedua selamat dari segi peranti. Halal iaitu suci. Jadi selamat dan suci,” jelasnya.

Kata Azami lagi, “Kita nak yang mana? Kita nak yang dua-dua, halal dan suci. Bermakna kalau kita lihat halal ini sangat besar pasarannya.

“Pihak JAKIM sendiri bersama Jabatan Standard dan Peranti Perubatan telah mewujudkan standard MS2636 version2019 di mana Peranti Perubatan ini dihalalkan.

“Ini adalah satu bisnes yang agak luas dan besar di luar negara. Kalau kita lihat dari jurnal dan MIDA itu sendiri dari tahun 2020 ekspot negara kita sudah pergi kepada lebih 3.0 trilion daripada kesemua barang.

“Tetapi untuk Peranti Perubatan itu sendiri sudah ke arah 13 bilion, untuk Peranti Perubatan Halal. Bayangkan kalau kita ambil peluang dalam situasi ini dan syarikat kita pun ke arah itu. Ke arah MS2636 iaitu Peranti Perubatan Halal,” kata Azami dengan penuh yakin.

Sebagai kapten dalam industri Peranti Perubatan, Azami berkongsi kunci kejayaan dalam memacu N.A.Z Medical Suppliers Sdn. Bhd.

“Disiplin faktor kejayaan, tanpa disiplin, kita tidak boleh maju,” katanya. – SM

(Visited 726 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button