Penyertaan UMNO demi tamatkan penipuan membelenggu rakyat 22 bulan
PENYERTAAN dan sokongan UMNO yang sebelah kaki kini di pentas kerajaan hanyalah untuk menamatkan pemerintahan ala politburo dan mengekang berlanjutnya era pemerintahan dinasti di negara ini.
Dalam perutusannya sempena ulang tahun UMNO ke-74 hari ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia turut menamatkan era kegilaan kuasa dan penipuan yang telah membelenggu rakyat selama 22 bulan.
“Kita tidak megah dengan kuasa, kita bukan gila kuasa tetapi perjuangkan laluan masa depan yang lebih gemilang untuk rakyat. Dengan Melayu sebagai teras pemerintahan dan Islam dijadikan tiang serinya, keterlanjuran silam boleh dielakkan.
“UMNO hari ini belum ada kuasa penuh untuk mencantumkan semua aspirasi rakyat. Masa depannya masih dihampar laluan berliku. Perjalanan masih jauh dan cabaran sentiasa mendatang. Oleh itu, semua ahli perlu bertekad untuk bersatu hati demi mengukuhkan parti dan sedia menterjemahkan impian kepada kenyataan,” kata beliau dalam Facebook miliknya pagi ini.
-SM