fbpx


Politik

Rakyat hilang kerja, YB PN ramai dua kerja, sindir Nik Nazmi

PELANTIKAN Ahli Parlimen Kerajaan Perikatan Nasional dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengundang rasa tidak senang Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, ketika Ahli Parlimen Perikatan Nasional mempunyai dua kerja iaitu sebagai wakil rakyat dan jawatan dalam GLC rakyat pula berdepan dengan isu pengangguran.

Nik Nazmi berkata, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan 600,000 rakyat Malaysia menganggur pada Mac lalu iaitu kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

“Lebih menakutkan lagi, MEF anggarkan jumlah ini akan meningkat ke 1 juta orang. Seramai 2.8 juta lagi bekerja sendiri sebagai petani, nelayan, penjaja atau bekerja sendiri, yang sangat terjejas dengan PKP.

“Ketika rakyat hidup dalam kesusahan lebih 80 Ahli Parlimen PN melakukan ‘dua kerja’. Sebahagiannya ada rekod yang tidak cantik. Kes rasuah. Kes politik wang,” kata Nik Nazmi.


Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, setiap Ahli Parlimen menerima gaji bulanan sebanyak RM16,000 dan elaun bulanan RM8,300.

Sekiranya Ahli Parlimen tersebut mempunyai jawatan menteri mereka akan mendapat tambahan gaji sebanyak RM,13,000.

“Elaun di GLC berbeza-beza. Antara yang paling gembira tentulah Pengerusi TNB baru yang akan masuk pejabat esok, Mahdzir Khalid. Tahun lepas, Pengerusi TNB menerima bayaran elaun dan lain-lain berjumlah RM876,790.57 (setahun) selain gaji dan elaun Ahli Parlimen,” kata Nik Nazmi.

Beliau mencadangkan agar disenaraikan semua 80 Ahli Parlimen yang dilantik ke jawatan GLC termasuk kelulusan serta gaji dan elaun yang akan mereka diterima sebagai maklumat umum termasuk para pengundi.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button