HiburanLuar Negara

Penyanyi rap “Watch Me Whip” ditangkap kerana membunuh sepupu

Silento, penyanyi rap dari Atlanta yang dikenali dengan lagu hit dan tarian viral “Watch Me (Whip/Nae Nae)” ditangkap dan didakwa atas kesalahan membunuh sepupunya.

Silento atau nama sebenarnya Ricky Lamar Hawk, 23, ditahan pada Isnin lalu selepas polis menyiasat kematian sepupunya, Frederick Rooks, 34.

Pada 21 Januari lalu, pihak polis daerah County mendapat panggilan mengenai satu kejadian tembakan dan setibanya di lokasi, mereka mendapati Rooks dengan beberapa luka kesan tembakan di muka dan kaki terbaring di jalan di pinggir daerah Atlanta, Panthersville.

Rooks yang cedera parah maut di tempat kejadian.

Menurut laporan, rakaman kamera keselamatan dari rumah-rumah berdekatan berjaya merakam sekurang-kurangnya satu tembakan dilepaskan sebelum beberapa kenderaan memecut laju melarikan diri dari tempat kejadian.

Selepas siasatan menyeluruh dilakukan, polis akhirnya mengesahkan Silento dikenal pasti sebagai suspek, bagaimanapun motif kejadian belum diketahui lagi.

Silento kini ditahan dipenjara atas kesalahan jenayah membunuh.

Mengikut rekod, Silento telah beberapa kali melanggar undang-undang dimana pada Oktober lalu, penyanyi rap itu ditahan di Atlanta kerana memandu melebihi had laju.

Dia juga didakwa pada bulan September lalu di Los Angeles kerana mengugut dua individu dengan kapak kecil.

Pihak pendakwa mengatakan bahawa dia dilaporkan masuk ke rumah individu berkenaan yang tidak berkunci pada 29 Ogos lalu dan cuba memukul mereka dengan kapak sebelum salah seorang dari mereka merampas senjata itu daripadanya.

Silento bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesalahan tersebut dan kes itu masih dalam siasatan.

(Visited 461 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button