Hiburan

Penyanyi nasyid, Yasin gagal batalkan tuduhan dadah

Komposer dan penyanyi nasyid Muhammad Yasin Sulaiman gagal membatalkan tiga pertuduhan dadahnya.

Ini selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak surat representasinya untuk menyemak semula pertuduhan hari ini.

Surat representasi biasanya dihantar kepada AGC oleh tertuduh sama ada untuk mengurangkan atau menggugurkan pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata AGC akan menghantar surat rasmi untuk memaklumkan peguam Yasin Ariff Azami Hussein mengenai keputusannya tidak lama lagi.

Beliau berkata perbicaraan itu dijadualkan berlangsung pada Mac.

Sementara itu, Ariff berkata beliau bercadang untuk memfailkan surat representasi kedua kepada AGC tidak lama lagi.

Mahkamah menetapkan 20 Feb untuk perbicaraan seterusnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button