Politik

PAU2022 bukan medan menyalahkan antara satu sama lain

PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) 2022 bermula hari ini selama empat hari, 11 sehingga 14 Januari diadakan dalam suasana bercampur baur.

Perasaan sedih mengenangkan prestasi UMNO selaku parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang sangat tidak memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November tahun lepas, masih menyelubungi hati setiap ahli parti.

Bagaimanapun perasaan sedih itu cuba ditutup dengan berhimpunnya 160,000 perwakilan pada PAU2022 dengan malam ini, upacara perasmian akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan atau Tok Mat Hassan.

Sebentar tadi, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam sidang media berkata, “ini adalah perhimpunan secara rutin dalam kalender UMNO.

“Secara lazimnya semua orang tahu Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU15 yang lalu dan ia merupakan satu kekalahan yang besar. “Jika dalam perhimpunan ini kita mahu berdiskusi, tidak perlulah menyalahkan sesiapa.”

Beliau berkata, memandangkan UMNO yang berusia 70 tahun makan dalam perhimpunan kali ini, parti perlu bergerak ke masa hadapan.

“UMNO sudah menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) dan perkara inilah yang perlu diperhalusi oleh UMNO.

“Dalam perhimpunan kali ini juga akan dibincangkan hala tuju  dan masa depan politik tanah air,” katanya.

Tambah beliau, UMNO adalah sebuah parti politik yang masih relevan.

Menjawab soalan pemberita, Mahdzir berkata, “berkenaan dengan isu NO ANWAR NO DAP, sebenarnya keputusan untuk bersatu dengan PH datang daripada majlis tertinggi UMNO.

“Dan kita melihat di mana UMNO boleh mendapat keuntungan apabila bersama-sama dengan Pakatan Harapan.

“Walaupun jawatan bukan nombor satu, kita tidak perlu bimbang apa-apapun.” – SM

 

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button