Uncategorized

Datuk Ahmad Maslan bijak tangkis soalan perangkap pemberita

“SAYA pilih untuk tidak menjawab soalan itu. Ini soalan perangkap.” Begitulah jawapan yang keluar dari mulut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang diajukan soalan daripada pemberita MediaCorp Singapura pada sidang media usai Pelancaran Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Hari ini bermulanya PAU22 yang menyaksikan kira-kira 3,000 perwakilan hadir untuk perhimpunan kali ini.

Ahmad Maslan atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat Maslan merupakan politikus yang berpengalaman dan cara beliau menangkis untuk tidak menjawab soalan pemberita, dilakukannya dengan ‘manis sekali’.

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada sidang media usai perasmian Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Tidak terguris dengan jawapan pilihan Tok Mat Maslan, soalan yang ajukan kepada beliau, dalam bahasa Inggeris, diterjemahkan seperti berikut:

“Pada pandangan Tok Mat Maslan, apakah UMNO berada dalam kedudukan yang baik untuk terus dipimpin oleh Presidennya (merujuk kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi)”.


Menyifatkan soalan yang diajukan itu sebagai soalan perangkap, jalan terbaik bagi Tok Mat Maslan ialah dengan tidak menjawab soalan tersebut.

Beliau juga ketika diajukan soalan tentang pembentukan kerajaan pimpinan Hajiji berkata, beliau tidak mempunyai jawapannya.

Setiausaha Agung UMNO ini pada sidang media, turut memaklumkan terdapat tiga perkara yang menjadi tumpuan pada PAU2022.

Antaranya, memberi penjelasan kepada para perwakilan tentang kerjasama UMNO dan Kerajaan Perpaduan.

Untuk itu, pada pukul 2.30 petang ini, akan diadakan sidang tertutup bersama para perwakilan oleh Presiden UMNO dan Tok Mat Maslan sendiri supaya semua memahami dan maklum mengapa UMNO duduk dalam Kerajaan Perpaduan.

Turut diberikan fokus pada PAU2022, kata Tok Mat Maslan ialah bagaimanakah UMNO Barisan Nasional selepas melalui tujuh PRK dan 70 menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) menang tetapi dalam PRU15 pada 19 November lalu,  kenapa semasa PRU tidak dapat ulang kejayaan.

“Pasti ada sebab-sebab yang luar biasa dan kita hanya menang 30 kerusi dalam PRU lalu,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau berkata, mahu mendengar alasan dan sebab-sebab dan punca yang boleh diperbaiki .

Fokus ketiga, kata Tok Mat Maslan ialah persiapan tentang PRN di enam negeri. – SM

(Visited 76 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button