Nasional

Penunggang motosikal hentak cermin kereta dengan topi keledar ditangkap

POLIS menahan reman seorang penunggang motosikal yang menghentak cermin kenderaan dengan topi keledarnya dalam kejadian mengamuk di jalan raya di Pulau Pinang hari lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Razlam Ab Hamid berkata, kejadian yang dirakam dalam video dan tular berlaku pada pukul 2.50 petang Sabtu berikutan salah faham antara pengadu dengan seorang lagi pengguna jalan raya.

“(Selepas salah faham) suspek mengekori kereta pengadu dan menghentak cermin kenderaan itu menggunakan topi keledarnya. Pengadu membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Suspek telah ditahan dan kini ditahan reman sehingga Rabu bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Razlam menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button