Penjualan kit ujian kendiri diperluaskan di stesen minyak, dipasarkan bawah RM10
PENJUALAN kit ujian kendiri Covid-19 bukan sahaja dipasarkan di farmasi dan kedai ubat malah akan dipasarkan di pasaraya dan stesen minyak dalam masa terdekat ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rasol Wahid berkata, inisiatif tersebut dilakukan bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkannya serta mewujudkan persaingan sihat dalam pasaran.
Rasol juga berkata, kit berkenaan akan dijual dengan harga di bawah RM10 berbanding harga asal RM19.90 yang dijual di farmasi dan kedai ubat.
“Pada asalnya, kementerian bercadang untuk menentukan harga maksimum antara RM15 atau RM13, namum apabila ramai pemain industri datang dan beradvokasi (perakuan) dengan kita, ada yang tawarkan untuk menjualnya di bawah RM10.
“Jika dibenarkan dijual di pasaran terbuka yang diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), maka mereka boleh jual dengan lebih murah,” katannya.
Rasol menzahirkan rasa yakin dengan komitmen dan janji yang dibuat oleh pemain industri tersebut dan akan dilaksanakan pada akhir bulan ini.
Tambahnya, beranggapan bahawa kementerian tidak perlu tentukan harga maksimum malah biarkan pasaran yang tentukan harga tersebut.
Rasol berkata demikian ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat semalam. RUU berkenaan diluluskan tanpa sebarang pindaan. -SM