Pendidikan

Murid kelas peperiksaan 90% lengkap vaksin ke sekolah tanpa penggiliran

Kementeria Pelajaran Malaysia (KPM) membenarkan sekolah yang telah mencapai 90 peratus murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa lengkap divaksin untuk kembali ke sekolah tanpa penggiliran bermula 8 November ini.

Keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bagi institusi pendidikan yang belum mencapai kadar vaksin lengkap 90 peratus atau lebih, murid kekal bersekolah secara penggiliran.

Pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi kelas peperiksaan awam dan antarabangsa melibatkan kehadiran murid kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

“Walau bagaimanapun murid Prauniversiti Semesta 3 di Sekolah Sukan Malaysia, murid kelas peperiksaan awam di sekolah berasrama sepenuhnya dan murid kelas peperiksaan antarabangsa (IGSCE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) kekal hadir tanpa penggiliran,” katanya.

KPM akan terus memantau dan mengemas kini senarai institusi-institusi yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus bagi murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa.

KPM akan mengeluarkan senarai terkini institusi yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus pada setiap hari Rabu.

Mana-mana institusi yang telah mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih akan dikeluarkan daripada senarai tersebut dan boleh memulakan operasi tanpa penggiliran pada hari Ahad atau Isnin minggu berikutnya.-SM

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button