Nasional

Penjawat awam nikmati Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia

MELALUI Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com, penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan di hujung jari dengan ‘Mudah, Jimat dan Pantas’.

Nota Perlindungan Insurans diperoleh bukan hanya dalam tempoh lima minit malah ia memanfaatkan kira-kira 1.6 juta penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata myezycover.com menawarkan kemudahan pembaharuan polisi insurans kenderaan dan cukai jalan melalui pembiayaan tanpa faedah atau sifar peratus.

“Penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan tanpa apa-apa bayaran pendahuluan. Ia boleh diselesaikan menerusi bayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan, melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).


“Dalam masa sama, pembiayaan ini berlandaskan konsep patuh syariah Qardhul Hasan, yang merupakan pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ewaktu melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com – Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia.

Program itu jelas membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam, selari dengan aspirasi
Keluarga Malaysia yang menitik beratkan nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

“Inisiatif ini tidak berorentasikan komersial semata-mata. Apa yang paling penting, ia dapat membantu merealisasi konsep Keluarga Malaysia berasaskan indeks kebahagiaan, yang menjadi tanda aras komitmen dan kesungguhan kerajaan.

“Saya juga telah berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia agar Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com ini turut diperluaskan kepada kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan sektor swasta dalam masa terdekat,” kata Perdana Menteri.

(Visited 228 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button