Disebabkan Perikatan Nasional yang mempunyai 73 kerusi dan bergabung dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS – 22 kerusi) serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS – 6 kerusi) menjadikan 101 kerusi, pengundi Pakatan Harapan (PH) di Twitter naik berang dan beranggapan PH tetap terunggul dalam PRU15 dengan 82 kerusi.
Bagi Farhan Zulkefly, PH adalah blok terbesar dan tindakan Istana Negara memberi surat boleh dipertikai selain mahu mengetahui isi kandungan surat tersebut.
“Harapan (PH) merupakan blok terbesar sekarang. Tapi kenapa Mahiaddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula yang dapat surat dari Istana Negara?
“Mahiaddin atau Istana Negara perlu jelaskan apa sebenarnya kandungan surat tu? Jangan create (cipta) persepsi negatif sekali lagi,” luahnya.
Bagi CikiQa87, dia sebagai pengundi PH tetap berpegang utuh dengan fakta bahawa PH telah menang dan tindakan Istana Negara tersangat tidak adil.
“Fakta PH menang kenapa @ISTANANEGARA_ dahulukan Muhyiddin Yassin ?? Benar2 kah atau sekadar dipetik..
“Rakyat perlu tahu..ini tidak adil dan tidak boleh berlaku sama sekali..rakyat sudah memilih kan,” ujar CikiQa87 dengan sangat lantang serta penuh keberanian.