Pengundi Cina dijangka boikot PRN Selangor
1. Kempen Pilihanraya 6 Negeri berbaki hanya 10 hari sahaja lagi.
Beberapa isu hangat telah keluar dan dibahaskan secara panas di platform Media Sosial dan pentas Ceramah.
Tetapi isu yang paling panas ialah berkenaan dengan *Isu Pengundi Cina Akan Boikot* PRN 6 Negeri ini terutamanya di Negeri Selangor.
2. Keadaan ini jelas kelihatan di dalam DUN Kinrara dan DUN Subang Jaya yang berada dalam kawasan Parlimen Subang.
Hakikatnya, pada PRU 15 yang baru lalu, didapati 2,850 orang telah memohon dan mengundi secara post (postal ballot) dan rata-rata adalah dari kalangan pengundi Berbangsa Cina.
Kali ini pada PRN Selangor, didapati hanya seramai 398 orang sahaja dari kedua-dua DUN tersebut yang memohon untuk mengundi secara postal votes.
Ini bermakna penurunan seramai 2,452 pengundi yang samada tidak berminat untuk mengundi ataupun sudah tidak ambil kisah dengan Pilihanraya Negeri Selangor ini.
3. Trend ini membimbangkan Calon Pakatan Harapan daripada parti DAP kerana DUN Subang Jaya dan Kinrara adalah merupakan kubu kuat mereka.
Sekiranya trend ini berterusan selama 10 hari lagi dijangkakan peratusan pengundi Cina yang akan keluar mengundi akan turun ataupun low turn-out.
Sekiranya berlaku Low turn-out pengundi Cina, ini dilihat akan mengakibatkan beberapa kerusi Campuran (mix seats) parti DAP dan PKR seperti ;
*Di Subang Jaya (57.55 % pengundi Cina),*
*Kinrara (55.41% Cina),*
*Sekinchan (53% Cina),*
*Kuala Kubu Baharu (35%),*
*Rawang (46%),*
*Bukit Antarabangsa (47%),*
*Kajang (45%)* dan
*Kota Kemuning (35%),*
semuanya berada dalam keadaan bahaya.
4. Sekiranya low turn-out pengundi Cina berlaku dan sebaliknya high turn-out pengundi Melayu, sekitar 75 ke 80%, ini dilihat akan memberi sedikit kelebihan kepada Calon-Calon dari Perikatan Nasional.
*KENAPA PENGUNDI CINA DIJANGKA BOIKOT ?*
5. Pengundi-pengundi Cina dilihat akan memboikot PRN Selangor berdasarkan beberapa faktor iaitu ;
(i). Atas dasar prinsip. Kerana ketika mereka mengundi pada PRU ke 15 untuk kerusi-kerusi Parlimen di Negeri Selangor.
Mereka mengundi Calon-Calon Pakatan Harapan dengan harapan ini akan mengeluarkan pemimpin-pemimpin Kerajaan yang Rasuah dan berhadapan dengan pertuduhan jenayah di Mahkamah.
Apa yang berlaku ?
Dengan menggunakan manipulasi politik, demi untuk mendapatkan Kuasa dan Jawatan Perdana Menteri, Pemimpin PH telah menjual maruah prinsip mereka dan menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO.
Bertambah parah, Presiden UMNO yang masih berhadapan dengan 47 kes rasuah dilantik pula sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ini menimbulkan kemarahan pengundi-pengundi Cina terhadap PH.
(ii). Pengundi-pengundi berbangsa Cina juga merasa kesal dengan pemimpin PH yang telah mengubah beberapa pendirian mereka.
Sebagai contoh, dulu pemimpin PH telah menentang pengunaan Akta Hasutan daripada digunakan.
Kini, mereka menggunakan Akta Hasutan terhadap MB Kedah Sanusi.
Dulu mereka tidak setuju Ahli-Ahli Politik menerajui Syarikat GLC Kerajaan, kini Ahli-Ahli Politik dilantik sebagai Pengerusi GLC kerana mahukan sokongan politik mereka.
(iii). Walaupun marahkan PH, pengundi-pengundi Cina juga jelas kelihatan tidak akan dapat memujuk dirinya untuk mengundi Perikatan Nasional, walaupun dalam PN ada parti Gerakan.
Ini adalah kerana dalam PN ada parti PAS.
PAS dilihat oleh orang-orang Cina sebagai satu parti politik yang Extreme Islam dan dilihat tidak sesuai untuk sebuah Negeri yang penduduknya berbilang bangsa.
6. Oleh yang demikian, jalan paling mudah bagi mereka adalah dengan tidak keluar mengundi pada PRN 6 Negeri ini.
Sekiranya mereka mengundi Pakatan Harapan, didalam Gabungan Politik ini ada Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang berhadapan dengan kes-kes rasuah.
7. Kesedaran ini sudah dapat dirasai oleh pemimpin-pemimpin parti DAP dan PKR.
Oleh itu, saya tidak hairan sekiranya pada minggu ke 2 kempen ini, pelbagai Strategi akan digunakan bagi mendapatkan sokongan pengundi-pengundi Cina untuk keluar mengundi.
Antara Strategi yang bakal dilihat, termasuklah menakut-nakutkan pengundi Cina, sekiranya mereka tidak keluar mengundi, mereka akan dapat Kerajaan BERSATU-PAS di Negeri Selangor.
Mereka akan berhadapan dengan Kerajaan PAS yang mempunyai pandangan Nilai-Nilai Islam yang Extreme dan sebagainya.
Ini dilihat sebagai sebahagian daripada helah DAP untuk mengeluarkan pengundi-pengundi Cina keluar mengundi.
8. Apa pun setakat hari ini, kempen-kempen politik dikawasan masyarakat Cina jelas kelihatan amat lembab, hambar dan lesu.