fbpx
Politik

Pengganti PM: Saya percaya Muhyiddin serah pada rakyat

SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa percaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan kepada rakyat berkaitan isu penganti beliau.

Anuuar yang juga merupakan Setiausaha bersama Muafakat Nasional berkata, ketika ini rakyat dan negara tidak sepatutnya dibebankan dengan isu pengganti perdana menteri.

Tegasnya, setiap lapisan masyarakat perlu memberi peluang kepada perdana menteri untuk menyelamatkan negara dan nyawa rakyat terlebih dahulu.

Katanya, isu pengganti perdana menteri boleh diselesaikan melalui pilihan raya selepas jangkitan Covid-19 reda.

“Tak payahlah fikir pengganti buat masa ni. Kita muafakat, bantu kerajaan. Bila Covid-19 reda, segera bubar Parlimen dan serah pada rakyat.


“USA lagi banyak kes Covid-19 dan mereka pun ada pilihanraya. Beri peluang PM selamatkan negara dan nyawa rakyat dulu. Saya percaya PM serah pd rakyat,” ciap Annuar di Twitternya hari ini,

Beliau mengulas laporan sebuah portal bertajuk, ‘Dr Mahathir orang yang layak ganti Muhyiddin, kata Pejuang’.

Parti Pejuang yang mempunyai lima ahli Parlimen, menamakan pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri kali ketiga sehingga PRU-15.

Menurut setiausaha politik Mahathir, Abu Bakar Yahya, pencalonan itu adalah untuk menyelamatkan negara sementara menunggu pilihan raya akan datang.

“Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum ke-15 jika negara mahu diselamatkan,” kata Abu Bakar dalam hantaran Facebook.

Tambahnya, keputusan tersebut turut dipersetujui anak Mahathir, Mukhriz yang juga presiden parti Pejuang.

Kenyataan itu hadir ketika politik negara terus dalam keadaan tidak menentu, dengan presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Untuk rekod, parti Pejuang masih menunggu pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).-SM

 

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button