Rencah Hidup

Penggali kubur dedah liang lahad Kapten Shahrul kelihatan indah

Seorang penggali kubur mendedahkan liang lahad milik Allahyarham Kapten Shahrul Kamala Roslan kelihatan indah seperti kuning emas dan terlihat seperti warna pelangi.

Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @mazlansalem di media sosial baru-baru menjadi perhatian para warganet.

https://www.tiktok.com/@mazlansalem/video/7269295694362529032

“Pandangan dari lubang kubur dia (Kapten Shahrul). Ia memang berlapis-Lapis macam ni. Merah. Coklat sikit, merah, hitam, ini kekunigan, sini hijau-hijau sikit dan membawa ke kuning. Ada lapan warna berbeza,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kejadian seperti itu merupakan kali pertama berlaku sepanjang dia menguruskan pengebumian jenazah di lokasi terbabit.

Related Articles

Kelihatan juga rumah terakhir milik Allahyarham berwarna keemasemasan dan berlapis-lapis sehingga ke permukaan paling bawah malah tanah juga sangat cantik seolah menyambut kehadiran.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang begitu teruja dengan kekuasaan Allah S.W.T dan mengakui kali pertama melihat keadaan seperti ini.

Ada juga yang mendoakan agar roh Allahyarham dan kesemua mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat tempoh hari ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Kapten Shahrul meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak lelaki berusia 3 hingga 12 tahun.
Allyarhan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang pada Ahad lalu.

Terdahulu berlakunya nahas pesawat ringan yang berlaku di Elmina telah mengorbankan 10 mangsa termasuklah seorang pemandu e-hailing dan seorang penghantar motosikal.

Artikle Berkaitan:>

Datuk Seri Johari Harun antara yang maut pesawat terhempas di Elmina?

Pemandu e-hailing turut terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button