Nasional

Pengeluaran KWSP i-Citra sehingga RM5,000

PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan caruman sehingga RM5,000 menerusi kemudahan pengeluaran baharu i-Citra.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, pengerluaran tersebut akan meringankan beban kawangan 12.6 ahli KWSP.

“Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan
KWSP ahli.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian,” katanya dalam Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH bernilai RM150 bilion.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021.


Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.-SM

(Visited 309 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button