Ekonomi

Pengedar Volkswagen Malaysia turunkan harga kereta

PENGEDAR rasmi kereta Volkswagen di Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menurunkan harga model kereta pemasangan tempatan sehingga RM9,484 berikutan pengumuman mengenai pengecualian cukai jualan, bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Dalam kenyataannya hari ini, VPCM memaklumkan, model Volkswagen itu termasuklah Polo, Vento, Tiguan dan Passat manakala kumpulan Golf terdiri daripada R-Line, GTI dan R, diimport sepenuhnya.

“Dengan pengecualian cukai jualan, pelanggan dapat menjangka penjimatan sehingga RM3,881 untuk model Tiguan, RM6,133 model Passat, dan RM4,884 model Golf R-Line,” katanya.

Pengarah Urusan, Erik Winter berkata, pengecualian cukai jualan tersebut akan memberi manfaat kepada pembeli kereta.

“Kami sentiasa berusaha untuk menjadikan kejuruteraan dari Jerman itu mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

“Berita baik ini membawa kepada lebih banyak penjimatan untuk pembeli kereta dan menawarkan dorongan yang amat diperlukan kepada sektor automotif yang lembap semasa Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Selain pengurangan harga, pelanggan akan terus menikmati promosi dan perkhidmatan yang berterusan di Volkswagen seperti ansuran percuma selama enam bulan untuk unit Tiguan yang didaftarkan pada 30 Jun, rebat dalam talian di Volkswagen eShowroom dan perkhidmatan penghantaran ke rumah percuma kepada pelanggan, katanya.

VPCM berkata, semua model Volkswagen dilengkapi dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan pengeluar selama lima tahun dan bantuan di jalan raya selama lima tahun.

Pelanggan boleh mengunjungi pengedar Volkswagen yang terdekat atau log masuk ke www.volkswagen.com.my untuk maklumat lanjut mengenai harga terkini itu. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button