Nasional

Tukang gunting rambut warga asing sah positif Covid-19

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan seorang tukang gunting rambut warga asing positif dijangkiti virus Covid-119.

Menurutnya, tukang gunting rambut yang turut memberikan perkhidmatan gunting rambut dari rumah ke rumah itu telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh semalam untuk rawatan lanjut.

Sehingga kini seramai 40 orang termasuk empat rakan serumah mangsa telah dikenal pasti sebagai kontak rapat tukang gunting rambut tersebut. Kesemua mereka telah diminta untuk menjalani kuarantin di rumah.

Kes tersebut itu dikatakan berlaku di sebuah premis perniagaan di apartmen servis di Setapak, Kuala Lumpur,

Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan bangunan menerusi satu notis makluman kepada penghuni yang turut tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, pekerja warga asing terbabit menjalani ujian swab di sebuah hospital swasta dan disahkan positif Covid-19.

Dia kemudian dirujuk ke hospital kerajaan untuk ujian kedua bagi mengesahkan status jangkitannya itu.

Jelas Dr. Noor Hisham terdapat 2,000 tukang gunting rambut warga asing di negara ini. Mereka dikehendaki melakukan ujian Covid-19 sebelum dibenarkan untuk beroperasi.-SM

 

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button