Jenayah

Pengarah Syarikat ditipu RM5.29 juta

SEORANG pengarah syarikat di Ipoh, Perak, kerugian RM5.29 juta selepas ditipu lelaki yang ditemuinya di laman temu janji dalam talian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata, mangsa berusia 64 tahun membuat laporan polis di sini semalam.

“Suspek memperkenalkan dirinya sebagai paramedik di hospital California dan memberitahu mangsa telah menerima kontrak besar untuk bekalan peralatan perubatan bernilai AS$22 juta dan memerlukan dana modal permulaan. Dia juga berjanji untuk mengahwininya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata wanita itu membuat 120 transaksi pemindahan wang tunai ke dalam 14 akaun bank yang diberikan lelaki itu antara Januari dan Jun.

“Dia menggunakan semua wang simpanannya dan turut mendapat pinjaman daripada pemberi pinjaman wang berlesen. Semakan awal mendapati akaun bank itu juga mempunyai rekod untuk beberapa kes penipuan menggunakan modus operandi yang sama.”

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button