AgamaJenayahNasionalNegeri

Penganjur, penceramah agama tak bertauliah perlu dikenakan tindakan- Raja Perlis

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, siasatan dan tindakan undang- undang perlu diambil terhadap penganjur dan juga penceramah agama Islam yang tidak mendapat tauliah di negeri ini.

Titah Baginda, ini adalah untuk mengelak kejadian seperti ini akan berulang pada masa depan.

“Menjadi kewajiban setiap penceramah untuk mendapatkan tauliah mengajar yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam selaras dengan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis (EPAI) 2006,” titah Baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Arau.

GAMBAR HIASAN-CARIAN GOOGLE

Baginda bertitah, kegagalan mematuhi perkara ini tertakluk kepada Seksyen 110 EPAI berkaitan kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah dan Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991.

Dalam hubungan ini titah Baginda, pihak berkuasa agama Islam negeri dimohon untuk memantau dan memastikan agar setiap penceramah di Perlis perlulah mendapatkan tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

“Besarlah harapan Beta agar segala yang dizahirkan dalam titah ini diberikan perhatian dan ditaati oleh seluruh rakyat yang Beta kasihi.

“Adalah Beta tegaskan bahawa perkara-perkara ini juga perlu dilaksanakan oleh semua pihak sama ada agensi Kerajaan Negeri atau Persekutuan, Badan Swasta mahupun orang perseorangan,” titah Baginda.

Titah Baginda, Perkara 6 (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis 1948 telah memberikan kuasa bagi penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diamanahkan untuk membantu dan menasihati Raja Pemerintah dalam memberikan timbang tiliknya terhadap perkara- perkara berkaitan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang mesti dihormati dan dipertahankan sewajarnya.

GAMBAR BERITA HARIAN – GAMBAR HIASAN CARIAN DI GOOGLE – Penceramah tanpa tauliah didenda.

Berikutan itu Baginda mengingatkan semua pihak sentiasa mematuhi dengan taat dan ikhlas segala dasar dan peraturan yang telah dikeluarkan oleh MAIPs serta agensi-agensi Agama Islam Negeri seperti Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).

BACA Jangan berkomplot, kerjasama, simpati dengan penyeludup – Raja Perlis

BACA UMNO mula ambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq

(Visited 721 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button