Nasionalpilihan

Penganggur dituduh bunuh warga emas

Seorang penganggur berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas berusia 91 tahun
di Kampung Pulai Darat, Jasin, di sini bulan lalu.

Tertuduh, D. Peter, 20, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Peter David, 20, dituduh membunuh Misah Md. Amin, 91, di KM16, Kampung Pulai Darat, Merlimau di sini pada 1.30 pagi, 20 Jan lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna merah mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 Mac ini sebagai sebutan semula kes dan mendapatkan laporan bedah siasat. Kes berkenaan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Ayer Keroh.

Dalam kejadian pukul 1.50 pagi 20 Januari lalu seorang warga emas ditemui maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya.

Kematian mangsa, Misah Md. Amin, 91 yang dipercayai tinggal seorang diri di rumah tersebut, disedari jirannya yang menyewa di tanah warga emas berkenaan.

Susulan itu, seorang lelaki diberkas berhampiran kawasan kejadian pada pukul 8 pagi hari samaSemakan polis mendapati, suspek turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan berkaitan kes samun. – SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button