Jenayah

Penganggur dihukum gantung kerana pengedaran kokain

PUTRAJAYA: Seorang penganggur berusia 29 tahun hari ini terlepas daripada hukuman gantung kerana mengedar hampir 2kg kokain di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lima tahun lalu.

Mahkamah Rayuan sebaliknya menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun kepada Makkhen Singh dan memerintahkan dia disebat 10 kali kerana memiliki 1.96kg dadah yang diperoleh dari Brazil.

Pada permulaan pendengaran rayuan hari ini di hadapan tiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Hanipah Farikullah, peguam Naran Singh berkata pihak pendakwaan telah membenarkan representasi dibuat bulan lepas berdasarkan “beberapa isu undang-undang”.

Timbalan pendakwa raya Mohd Fairuz Johari mengesahkan perkara itu dan mengemukakan pertuduhan pindaan.
Makkhen mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mahkamah Tinggi pada 2019 menjatuhkan hukuman mati terhadapnya kerana mengedar kokain di KLIA kira-kira jam 9 malam pada 31 Mei 2017.

Hari ini, Fairuz menggesa pihak mahkamah mengenakan hukuman penjara 20 tahun atau lebih untuk menjadi penghalang kepada pesalah lain.

“Kokain adalah dadah jarang yang dibawa masuk ke negara ini dan kepentingan awam sebaiknya dilaksanakan dengan menjatuhkan hukuman berat,” katanya.

Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya boleh dihukum penjara minimum lima tahun atau maksimum 30 tahun serta minimum 10 sebatan.

Dalam mitigasi, Naran berhujah bahawa anak guamnya berusia 24 tahun pada masa melakukan kesalahan itu dan ia akan memberi sedikit tujuan sekiranya hukuman penjara yang panjang dikenakan.

“Hukuman harus berdasarkan pemulihan dan bukan sebagai penghalang. Anak guam saya telah melahirkan rasa kesal dengan tindakannya dan berjanji akan membuka lembaran baru,” katanya.

Beliau berkata Makkhen harus keluar dari penjara secepat mungkin sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.

Hanipah, yang duduk bersama Che Mohd Ruzima Ghazali dan Lee Heng Cheong, menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dari tarikh tangkap dan 10 sebatan.

Naran kemudian memberitahu pemberita Makkhen sepatutnya dibebaskan daripada penjara dalam tempoh lima tahun selepas satu pertiga pengampunan diberikan kepada banduan kerana berkelakuan baik.

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button