Sukan

Peng Soon- Liu Ying terkandas di suku akhir

PASANGAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terkandas di suku akhir kejohanan Badminton Indonesia Masters 2020, selepas tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Mereka kalah straight set 14-21, 13-21.

Peng Soon-Liu Ying, pilihan keenam di kejohanan, ternyata gagal menyaingi pasangan nombor satu dunia itu, yang turut menjuarai Malaysia Masters 2020 baru-baru ini.

“Kami sudah buat terbaik di Masters Indonesia dalam mengumpul mata untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020.

“Fokus kami selepas ini adalah Terbuka Jerman dan All England 2020 pada Mac ini,” katanya Liu Ying, yang kini di kedudukan ketujuh ranking dunia bagi acara beregu campuran.

Kejohanan Badminton Masters Indonesia bermula 15 sehingga 19 Jan di Stadium Istora Senayan, Jakarta.

Satu lagi aksi suku akhir beregu campuran, pasangan negara, Tan Kian Meng-Lai Pei mengalahkan pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dan akan bertemu dengan Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada separuh akhir esok. = BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button