Belang Bertempat

Peneroka dapat durian runtuh

Hutang dilupus dua kali

RAMAI yang terkejut apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hutang lapuk para peneroka bernilai RM8.3 bilion dihapuskan.
Lebih terkejut selepas itu Datuk Seri Shabery Cheek tampil di media sosial bersama-sama dengan Datuk Lokman Adam mengulas perkara itu.
Para peneroka sudah pastinya sangat terkejut kerana hutang mereka sudahpun dilupuskan sebelum Datuk Seri Idris Jusoh dipecat sebagai pengerusi Felda dan diganti oleh Shabery.
Shabery yang baharu seminggu memegang jawatan itu dengan bangganya menuduh bahawa kerajaan sebelum ini hanya bercakap sahaja tetapi tidak menunaikan janji berkenaan.
Sedangkan kerajaan Madani yang menghentikan inisiatif berkenaan atas alasan akan menjejaskan aliran tunai Felda. Sedangkan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri beliau telah meluluskan sukuk jaminan hampir RM10 bilion bagi memastikan penghapusan hutang bernilai RM8.3 bilion itu dapat dilaksanakan.
Lagipun hutang berkenaan merupakan hutang lapuk yang tidak akan mengganggu aliran tunai Felda yang mempunyai anak syarikat FGV yang telah disenarai di Bursa Saham.
Bagi yang tidak faham dengan hutang peneroka berkenaan kebanyakannya adalah hutang yang diberikan oleh Felda kepada peneroka untuk penanaman semula getah atau sawit.
Berdasar pengumuman perdana menteri semalam bermakna para peneroka akan mendapat durian runtuh kerana hutang dilupuskan sebanyak dua kali.
Ini bermakna para peneroka boleh menuntut daripada Felda duit yang disediakan oleh kerajaan atau selepas ini mereka telah dilupuskan hutang yang belum lagi dibuat.
Ataupun perdana menteri hanya menandatangani surat perjanjian pelupusan hutang berkenaan dengan kerajaan setelah menyedari pilihan raya negeri semakin hampir dan sebelum ini proses berkenaan sengaja ditangguh untuk dijadikan bahan modal berkempen pilihan raya.
Jika itu berlaku kerajaan yang ditunjangi Anwar yang sebelum ini gencar melaungkan reformasi, rupa-rupanya lebih teruk daripada kerajaan sebelum-sebelumnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button