Politik

Dominic Lau dicabar 3 lagi pemimpin untuk pertahan kerusi Presiden GERAKAN

BUAT pertama kali, GERAKAN menerima empat pencalonan untuk jawatan presiden pada pemilihan parti.

Bagi jawatan timbalan presiden, empat calon menawarkan diri, manakala empat calon untuk jawatan naib presiden.

Difahamkan, selain Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai; Pengerusi GERAKAN Wilayah Persekutuan, Datuk Lau Hoi Keong, Pengerusi GERAKAN Melaka, Datuk Gan Peng Lam dan mantan Setiausaha Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng yang mengesahkan akan bertanding jawatan presiden.

Bagi jawatan timbalan presiden, selain Oh Tong Keong dan Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong, jawatan itu juga bakal ditandingi oleh Timbalan Speaker, Prabagran A/L Vythilingam dan Dr. Kiew Hen Chong.

Menurut Jawatankuasa Penyeliaan Pemilihan Nasional, Soo Kay Ping, pemilihan kali ini mencipta sejarah apabila menarik penyertaan ramai calon.

Sehingga waktu penghantaran borang pencalonan ditutup 4 petang tadi, GERAKAN menerima pencalonan daripada 92 orang untuk semua jawatan peringkat nasional.

Soo Kay Ping berkata, parti turut menerima 40 borang pencalonan untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat yang menawarkan hanya 18 jawatan.

Dalam perkembangan lain, Dominic Lau mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan Presiden Nasional GERAKAN pada Pemilihan Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang akan berlangsung pada 15 Julai 2023, minggu hadapan. – SM 

SOO KAY PING
JAWATANKUASA PENYELIAAN
PEMILIHAN NASIONAL

 

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button