Luar Negara

Penemuan, rampasan dadah terbesar di Asia

SATU penemuan dan rampasan terbesar berjaya dilakukan polis Myanmar apabila menemui 200 juta biji tablet dadah jenis syabu (metamfetamina).

Serbuan yang dilakukan pihak polis dekat Kampung Lwe Kham, Kutkhai itu disifatkan sebagai yang terbesar di Asia.

BACA > Kenangan melaram malam raya — Suara Merdeka

Hal demikian kerana melibatkan rampasan dadah bernilai lebih 100 juta Dolar Amerika Syarikat (AS).

Pihak polis negara itu juga turut merampas peralatan dan bahan kimia untuk hasilkan dadah itu seperti metilfentanil yang digunakan bagi membuat opiod sintetik berbahaya.

Menurut penyelaras wilayah bagi Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Dadah dan Jenayah (UNODC), Jeremy Douglas, rampasan berkenaan benar-benar menggemparkan.

Dalam satu kenyataan bersama pihak berkuasa Myanmar, selain pil syabu, lebih 500 kilogram kristal metamfetamina dan 35.5 metrik tan serta 163,000 liter bahan kimia juga dirampas.

BACA > PN kerajaan di hujung tanduk — Suara Merdeka
BACA > PM tidak terlibat urusan pembebasan anak tiri Najib — Suara Merdeka

Lapor portal CNN, itulah kali pertama pihak berkuasa menemui sebuah kawasan yang luas dengan aktiviti penghasilan dadah terbesar.

– Gambar portal FRONTIER MYANMAR

Menurutnya, penghasilan dadah di kawasan itu juga kemungkinan menyasarkan pengguna yang biasa dengan dadah jenis heroin dengan opiod sintetik.

Malah, penemuan itu juga dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden kematian akibat pengambilan dadah berlebihan di Bangkok pada September tahun lalu.

“Penemuan ini adalah sesuatu yang membimbangkan kerana penggunaan opiod sintetik dikesan digunakan secara besar-besaran,” kata Douglas.

Penyalahgunaan syabu di Asia dilapor merupakan salah satu krisis dadah terbesar di dunia.

Jenayah itu dipercayai didalangi oleh beberapa sindiket penjenayah besar yang sudahpun beralih daripada dadah jenis organik kepada sintetik sejak beberapa tahun lalu.

BACA > Periksa kapal dagang elak penyebaran Covid-19 — Suara Merdeka
BACA > 3,800 hamper diagih kepada veteran tentera sempena Ramadan — Suara Merdeka

Peralihan itu juga dikatakan dapat mengelak daripada kebergantungan terhadap musim. Malah kosnya lebih murah dan senang untuk dihasilkan. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button